Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah merangka pelan tindakan pengurusan dan pengendalian vaksin yang bakal diterima bermula Ahad.
Menurut Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, ini bagi memastikan keseluruhan program imunisasi yang dirangka oleh kerajaan dilaksanakan dengan teratur, mencapai matlamat serta mengurangkan sebarang pembaziran penggunaan vaksin berkenaan.